Saya tulis entri ni, bukan sebab saya dah nak mati ke apa atau mungkin buang tebiat, tapi melalui kesedaran yang diberi oleh Allah SWT. Dalam kehidupan saya atau mungkin kita semua, hari-hari kita buat dosa dan pahala tanpa kita sedari mahupun disedari. Pahala dan dosa adalah kerja Allah. Siapalah kita untuk menilai.
Dengan penuh rasa rendah diri dan hina, saya menyusun sepuluh jari kemaafan dari sesiapa sahaja dengan penuh ikhlas yang datang dari hati. Saya bukanlah makhluk Allah yang sempurna, yang mampu menyenangkan hati semua orang yang saya kenali secara empat mata mahupun sekadar di blog atau Facebook.
Secara empat mata, mungkin saya telah memperkatakan sesuatu yang sedikit menyakiti hati anda walaupun saya sentiasa cuba elakkan atau sekadar berniat gurauan. Saya mohon maaf. Dan di alam maya pula, mungkin ada artikel-artikel atau ayat-ayat saya yang menyakiti hati mana-mana pihak tanpa saya sedari mahupun sengaja saya lakukan.
Kepada haters saya di luar sana yang saya kenali secara empat mata ataupun sekadar di internet sahaja, saya mohon maaf jika pernah menyakiti hati anda.
Dan prinsip hidup saya, adalah hidup tanpa dendam. Setiap apa kesalahan sesiapa sahaja pun pada saya, saya maafkan pada ketika kejadian itu berlaku juga. Jadi jika anda ada salah pada saya tanpa anda sedari atau tidak, jangan risau saya dah maafkan dari awal lagi. Itu apa yang terdetik di hati, biarpun
bukan pada ayat.
bukan pada ayat.
Kepada mak, ayah, adik beradik dan saudara mara, saya minta maaf jika pernah berlaku apa-apa perkara yang tidak menyenangkan hati dari saya kecil sampai lah besar begini. Saya harap setiap butir nasi yang masuk ke mulut saya selama ini, dihalalkan dan menerima berkat dari Allah. Didikan yang saya terima selama ini amat mencukupi segala ruang. Jika terdapat apa-apa kekhilafan dari saya sendiri, itu adalah khilaf saya sendiri.
Dan akhir kata, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya selama hampir 20 tahun saya bernafas di bumi Allah ini. Semoga nyawa saya tidak diambil selagi dosa-dosa saya tidak diampunkan olehNya. Kalau saya adalah sehelai kain, amatlah teringin untuk menjadi kain putih yang bersih, jauh dari noda-noda keketoran dunia.
Pejamkan mata dan bayangkan malaikat maut dibelakang kita, munkar dan nakir di kanan dan kiri kita. Semoga Allah merahmati kehidupan kita semua selama ini. InsyaAllah. Sesungguhnya, Dia yang lebih mengetahui.
No comments:
Post a Comment