jerawat? tak usah bimbang!


kenapa jerawat kat muka makin menjadi-jadi? Dah banyak petua dicuba? tapi keadaannya masih sama?usah bimbang. Biasanya begitulah persoalan yang bermain di fikiran anda, kan? Sebenarnya, ia bergantung pada banyak faktor lain. Petua yang dikongsikan hanyalah satu usaha yang perlu anda lakukan agar masalah yang timbul dapat diselesaikan.

Namun begitu, sekiranya anda mengamalkan sesuatu petua tetapi tidak menitikberatkan soal lain seperti kebersihan diri, kemungkinan besar apa yang anda harapkan akan menjadi sebaliknya.

Justeru, anda perlulah utamakan soal kebersihan diri dan persekitaran agar kulit muka dan tubuh kekal terpelihara setiap masa.

Kulit Muka Cantik


JOM CUBA!

Oke, ramuan yang diperlukan adalah kulit Pokok Bunga Tanjung, bedak sejuk dan sedikit air.

Pokok Bunga Tanjung
Pokok Bunga Tanjung

Cara mengamalkannya;

1. Ambil bahagian dalam lapisan kulit batang pokok Bunga Tanjung.

2. Gilingkan ia sehalus yang mungkin untuk dijadikan bedak.

3. Setelah halus, campurkan ia dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air.

4. Sapukan ramuan tersebut pada kulit muka anda yang berjerawat sebelum tidur.

5. Jadikan ia sebagai amalan harian.

Sekiranya dilakukan secara berterusan, InsyaAllah kulit muka anda akan bebas daripada jerawat.

No comments:

Post a Comment